Sunday, August 31, 2014

TERMA & SYARAT




Terma & Syarat



  1. Che Liza Homestay dikhaskan untuk tetamu beragama ISLAM sahaja.
  2. TIDAK DIBENARKAN percampuran lelaki dan perempuan yang tiada hubungan keluarga atau mahram untuk menyewa. Jika berkumpulan yang tiada hubungan mahram maka ia mestilah sama gender samada lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Jika didapati ada keraguan, kami berhak meminta anda untuk mengemukakan kad pengenalan, surat nikah atau bukti pertalian saudara yang mahram.
  3. Tempahan hanya akan disahkan (status ‘Booked’) setelah bayaran deposit sebanyak RM60 dibuat.
  4. Bayaran untuk tempahan boleh dibuat melalui  Maybank. Sila simpan / email bukti pembayaran (masa,tempat,tarikh) anda kepada kami.
  5. Tempahan yang berstatus ‘Pending’ (belum membuat bayaran deposit) akan dibatalkan sekiranya terdapat pelanggan lain yang lebih pantas membuat bayaran tersebut.
  6. Bayaran penuh hendaklah dibuat dalam RM secara tunai sewaktu penyerahan kunci homestay ketika mendaftar masuk.
  7. Masa check-in adalah pada jam 2:00 petang dan check-out pada jam 12:00 tengahari.
  8. Sentiasa memastikan semua suis elektrik, lampu dan kipas ditutup selepas digunakan atau semasa meninggalkan rumah.
  9. Sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan Che Liza Homestay sepanjang menginap di sini.
  10. Sebarang perbuatan menyalahi hukum agama dan menggangu ketenteraman kawasan kejiranan adalah DILARANG sama sekali.
  11. Aktiviti-aktiviti berunsur jenayah dan/atau tidak bermoral termasuk parti liar adalahDILARANG sama sekali.
  12. Penghuni DILARANG membawa haiwan peliharaan.
  13. Penghuni DILARANG membawa masuk minuman keras dan bahan-bahan yang haram seperti khinzir/babi ke dalam Che Liza Homestay.
  14. Penghungi DILARANG merokok di dalam premis Che Liza Homestay.
  15. Barang yang hilang/rosak perlu diganti dengan menolak bayaran deposit.
  16. Pihak kami berhak untuk tidak mengembalikan deposit atau mengenakan apa-apa caj atau tindakan sewajarnya jika penghuni gagal mematuhi perkara 1 hingga 14.
  17. Deposit akan dipulangkan kepada pelanggan semasa check out.
  18. Pihak kami berhak membatalkan tempahan pelanggan dan mengembalikan bayaran tempahan sekiranya perlu mengikut keadaan tertentu.
  19. Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu, penghuni dinasihatkan supaya; i) Sentiasa mengawasi barangan berharga (laptop, hp, barang kemas, beg duit dll) dengan baik; ii) Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/kunci apabila meninggalkan rumah atau tidur pada waktu siang dan malam.
  20. Che Liza Homestay berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma & Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.
PIHAK PENGURUSAN ATIKAH HOMESTAY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEGALA KEHILANGAN, KEROSAKAN, KECEDERAAN TUBUH BADAN ATAU KEHILANGAN NYAWA PENYEWA ATAU TETAMU MEREKA DAN HARTA BENDA MASING-MASING ATAS APA JUA SEBAB KERANA APA YANG BERLAKU SEMEMANGNYA BERADA DILUAR KAWALAN PIHAK PENGURUSAN. KESELAMATAN PENGHUNI ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI. KAMI HANYA TERIKAT UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG SELESA UNTUK ANDA.
Kerjasama penghuni amatlah dialu-alukan dan sangatlah dihargai. Terima kasih kerana sudi berurusan dengan kami.

No comments:

Post a Comment